Wednesday 11 March 2015

JENIS JENIS PERMAINAN TRADISIONAL

                                                     

Permainan Tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjadi kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah dari sejak kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada diantara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu congkak, wau, sepak raga, gasing dan lain-lain.



  Sepak Raga

                                                               
Permainan sepak raga telah diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh Malaysia. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan inidimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan,




                             Congkak 
                                                                                                           
Permainan congkak ialah sejenis permainan kaum Melayu Tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Ia merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ini ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain adalah seorang sepasukan. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9. Rumah anak serta satu rumah ibu. Setiap rumah anak diisi cakak. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".



                 Layang-layang/Wau

Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu Asli terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri. Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak  dapat pergi ke laut menangkap ikan. Antara jenis layang-layang ialah layang-layang Baruk, layang-layang Puyuh, layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan.






                 Batu Seremban


Batu Seremban dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. sering dimainkan pada waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketul-ketulan objek yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Terdapat beberapa peringkat atau cara bermain batu seremban. Bermula peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.




                     Ceper/Penutup botol

Permainan ini merupakan jenis permainan Laman. Tujuan ialah untuk memungut mata timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah lima uncang (3 cm persegi satu butir). Gelanggangnya adalah permukaan rata.








                         Guli


Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di hadapan rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya dua jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.

















1 comment: