Wednesday 18 March 2015

sepak raga


Permainan ini dimainkan oleh beberapa orang yang biasanya satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh orang. Permainan ini dimulakan dengan seorang pemain akan melambung bola kepada seorang pemain yang berada di hadapannya. Pemain tersebut akan menimang bola tersebut satu atau dua kali sebelum menghantarnya kepada rakan yang lain untuk ditimang pula. Sekiranya bola tersebut jatuh, permainan akan dimulakan semula. Permainan ini akan menjadi lebih seronok apabila pemain mengira berapa jumlah yang boleh ditimang dalam satu permainan. Cubaan untuk mendapat jumlah timangan yang banyak inilah yang akan dapat menguji kemahiran pemain-pemain tersebut.
Selain itu ada juga yang bermain sepak raga ini dengan tujuan untuk menguji kecekapan setiap pemain. Biasanya pemain yang menimang bola akan menghantar bola kepada rakannya dengan laju dan mengelirukan supaya rakannya tidak dapat menimang bola tersebut. Permainan seperti ini biasanya terdiri daripada pemian-pemain yang mempunyai kemahiran yang tinggi menimang bola. Permainan seperti ini dipanggil Sepak Raga Tuju.

Artikel / Imej





















No comments:

Post a Comment