Wednesday, 18 March 2015
Usaha bagi Mengekalkan Permainan Tradisional
Usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan agar mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa yang menyertainya. Hal ini dapat menarik perhatian para pelajar untuk menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil penghargaan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran.
Langkah ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru yang pada masa yang sama menggalakkan remaja meminati permainan ini.Dengan memperluas permainan tradisional hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan permainan sepak raga juga membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Usaha memperkenalkan kepada para pelancong melalui program pelancongan ³tak kenal maka tak cinta´ dapat menjadikan permainan tradisional berada dalam taraf angtarabangsa.
Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan amat penting dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment