| Permainan ini dimainkan oleh beberapa orang yang biasanya satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh orang. Permainan ini dimulakan dengan seorang pemain akan melambung bola kepada seorang pemain yang berada di hadapannya. Pemain tersebut akan menimang bola tersebut satu atau dua kali sebelum menghantarnya kepada rakan yang lain untuk ditimang pula. Sekiranya bola tersebut jatuh, permainan akan dimulakan semula. Permainan ini akan menjadi lebih seronok apabila pemain mengira berapa jumlah yang boleh ditimang dalam satu permainan. Cubaan untuk mendapat jumlah timangan yang banyak inilah yang akan dapat menguji kemahiran pemain-pemain tersebut. |
No comments:
Post a Comment