1 PENENTUAN MULA
Untuk menentukan siapa yg membuat pemecahan buah terlebih dahulu, duit syiling akan dilambungkan atau cara lain yg difikirkan sesuai. Proses yg sama akan dilakukan jika perlawanan penentuan berlaku.
Penyusunan biji karom bagi setiap set sebelum pemecahan dibuat akan dilakukan oleh pengadil iaitu di dlm suatu susunan yg telah diselaraskan.
2 PERMAINAN BIJI KAROM HITAM/PUTIH/MERAH
Pemain yg dibenarkan membuat pemecahan pertama akan menggunakan biji karom berwarna putih, manakala lawannya menggunakan biji karom berwarna hitam.
Pada mana-mana set 1, 2 atau 3 biji karom merah tidak akan digunakan dan akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pemecahan pertama dilakukan.
Pada pusingan kedua, pihak lawan akan membuat pemecahan seterusnya menggunakan biji karom berwarna putih. Jika permainan berterusan kepada rubber set, undian semula akan dibuat untuk menentukan pemain yg akan memulakan pemecahan menggunakan biji karom putih.
3 KEDUDUKAN PEMAIN
Dalam acara perseorangan, pemain hendaklah duduk bertentangan dan dlm acara beregu pula pemain dari pasukan yang sama hendaklah duduk bertentangan. Tempat duduk hendaklah bertukar dipusingan kedua & perlawanan penentuan. Dalam permainan beregu, pemain menukar tempat duduknya mengikut sebelah kanan.
4 GILIRAN MEMUKUL
Dalam acara beregu, giliran memukul adalah mengikut sebelah kanan (arah lawan jam).
5 DENDA BERAMARAN
Pemain yg melakukan kesalahan ketika bermain, akan diberikan amaran serta denda oleh pengadil. Pemain yg telah diberi amaran sekali oleh pengadil boleh dikenakan denda dengan sebiji karom. Biji karom yg didenda akan diletakkan di tengah-tengah bulatan papan karom oleh pengadil. Kesalahan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
(i) Merokok semasa perlawanan dijalankan;
(ii) Pemain merehatkan tangan di atas papan karom atau melintas garisan penjuru (anak-anak panah kedua-dua belah) ketika membuat pukulan;
(iii) Pengalihan biji karom dengan cara tidak sengaja (akan diletakkan semula oleh pengadil dan tindakannya adalah muktamad);
(iv) Menganggu pihak lawan ketika permainan berjalan;
(v) Mengalihkan kerusi semasa permainan;
Kedudukan pemukul di atas satu garisan atau separuh bulatan (moon) apabila membuat pukulan.
6 DENDA SERTA MERTA
Kehilangan giliran dan denda sebiji karom yg akan diletakkan dipusat bulatan oleh pihak lawan atau pengadil akan dibuat dalam keadaan berikut:
(i) Pemukul (striker) masuk ke dalam lubang.
(ii) Memukul biji karom di dalam keadaan tidak boleh dipukul secara terus iaitu yg terletak di atas garis panah/bulatan bulan di bawah garisan pemukul pemain yg mengambil giliran;
(iii) Pemukul/tangan/pakaian/mana-mana bahagian badan pemain menyentuh biji karom semasa dalam permainan.
7 BIJI KAROM TERKELUAR DARIPADA PAPAN KAROM
Jika biji karom terkeluar daripada papan karom tidak kira samada biji karom itu pihak lawan atau biji karom pihak yg membuat pukulan, biji karom itu akan dimasukkan semula & diletakkan di pusat bulatan. Jika biji karom lain berada dibulatan ini maka biji karom itu akan diletakkan di atas biji karom itu. Maksud keluar meliputi atas bingkai papan karom. Jika biji karom keluar atas bingkai papan dan meniti masuk ke dlm lubang maka kemasukkan itu tidak di kira. (Kena keluarkan semula).
8 BIJI KAROM BERPUSING (ROLLING SEED) SDB.
Jika terdapat sesuatu biji karom dalam keadaan berpusing (rolling position) atau keadaan-keadaan lain atas papan karom, biji karom itu hendaklah dibiarkan seperti dalam keadaan ia berada.
Setiap pukulan yg melepasi dua garisan atau terkena mana-mana biji karom yg sah akan dikira sebagai telah dipukul.
Boleh sya tahu teknik teknik hantaran
ReplyDeleteBoleh sya tahu teknik teknik hantaran
ReplyDelete