Wednesday, 18 March 2015

keistimewaan permainan tradisional


permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan sejak dahulu kala namun masih kekal sehingga sekarang.Permainan tradisional dianggap sebagai  warisan budaya memandangkan ia dicipta masyarakat tempatan.Keistimewaan permainan tradisional yamg pelbagai menjadikannya lebih istimewa dari[pada permainan2 lain.

permainan tradisional oleh masyarakat malayu dahulukala sebagai aktiviti mengisi masa lapang.Malah,pada zaman sekarang,aktiviti ini masih dianggap praktikal memandangkan ia membawa banyak faedah.Antara faedahnya ialah mencerdaskan minda.Terdapat permainan yang memerlukan kita merangka strategi.Hal ini dapat meningkatkan kecerdasan minda.

permainan tradisional dimainkan di tempat2 terbuka di padang dan dimainkan secara beramai-ramai.Hal ini dapat mengukuhkan tali silaturahim dan perpaduan antara masyarakat dalam sesebuah kawasan,

selain daripada mengisi masa lapang,permainan tradisional menjadi salah satu bahan pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa.Perkara ini bukan sahaja membantu para peserta menambah kenalan,malah,memperkenalkan budaya Malaysia ke mata dunia.

Di samping itu,di sebalik setiap permainan tradisional itu pasti tersirat nilai2 muni yang boleh dipelajari seperti semangat kerjasama dan kesabaran.Perkara inilah yang menjadi medium dalam mendidik anak2 sebelum kewujudan sekolah.

Masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai barangan sewaktu Perang dunia kedua.Sebenarnya,kreativiti itu telah dipupuk sebelum itu lagi memandangkan terdapat permainan tradisional yang memerlukan permainan berfikiran kreatif seperti wau.natijahnya,kreativiti ini sangat berguna di saat kesusahan.

tuntasnya,permainan tradisional perlu dipelihara bukan sahaja kerana faedahnya,malah kerana ia simbol warisan negara.

Usaha bagi Mengekalkan Permainan Tradisional

Usaha yang dapat dilakukan adalah peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan agar mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan serta memberi sijil penghargaan kepada sesiapa yang menyertainya. Hal ini dapat menarik perhatian para pelajar untuk menyertai pesta tersebut dengan ganjaran sijil penghargaan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam melanjutkan pelajaran. Langkah ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baru yang pada masa yang sama menggalakkan remaja meminati permainan ini.Dengan memperluas permainan tradisional hingga ke peringkat angtarabangsa seperti permainan wau dan permainan sepak raga juga membantu dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional. Usaha memperkenalkan kepada para pelancong melalui program pelancongan ³tak kenal maka tak cinta´ dapat menjadikan permainan tradisional berada dalam taraf angtarabangsa. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan amat penting dalam mengekalkan kewujudan permainan tradisional.

Undang-Undang Pertandingan Karom

PENENTUAN MULA 

Untuk menentukan siapa yg membuat pemecahan buah terlebih dahulu, duit syiling akan dilambungkan atau cara lain yg difikirkan sesuai. Proses yg sama akan dilakukan jika perlawanan penentuan berlaku. 

Penyusunan biji karom bagi setiap set sebelum pemecahan dibuat akan dilakukan oleh pengadil iaitu di dlm suatu susunan yg telah diselaraskan. 

PERMAINAN BIJI KAROM HITAM/PUTIH/MERAH 

Pemain yg dibenarkan membuat pemecahan pertama akan menggunakan biji karom berwarna putih, manakala lawannya menggunakan biji karom berwarna hitam.


Pada mana-mana set 1, 2 atau 3 biji karom merah tidak akan digunakan dan akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pemecahan pertama dilakukan.


Pada pusingan kedua, pihak lawan akan membuat pemecahan seterusnya menggunakan biji karom berwarna putih. Jika permainan berterusan kepada rubber set, undian semula akan dibuat untuk menentukan pemain yg akan memulakan pemecahan menggunakan biji karom putih. 

KEDUDUKAN PEMAIN 

Dalam acara perseorangan, pemain hendaklah duduk bertentangan dan dlm acara beregu pula pemain dari pasukan yang sama hendaklah duduk bertentangan. Tempat duduk hendaklah bertukar dipusingan kedua & perlawanan penentuan. Dalam permainan beregu, pemain menukar tempat duduknya mengikut sebelah kanan. 

GILIRAN MEMUKUL 

Dalam acara beregu, giliran memukul adalah mengikut sebelah kanan (arah lawan jam). 

DENDA BERAMARAN 

Pemain yg melakukan kesalahan ketika bermain, akan diberikan amaran serta denda oleh pengadil. Pemain yg telah diberi amaran sekali oleh pengadil boleh dikenakan denda dengan sebiji karom. Biji karom yg didenda akan diletakkan di tengah-tengah bulatan papan karom oleh pengadil. Kesalahan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 

(i) Merokok semasa perlawanan dijalankan; 

(ii) Pemain merehatkan tangan di atas papan karom atau melintas garisan penjuru (anak-anak panah kedua-dua belah) ketika membuat pukulan; 

(iii) Pengalihan biji karom dengan cara tidak sengaja (akan diletakkan semula oleh pengadil dan tindakannya adalah muktamad); 

(iv) Menganggu pihak lawan ketika permainan berjalan; 

(v) Mengalihkan kerusi semasa permainan; 


Kedudukan pemukul di atas satu garisan atau separuh bulatan (moon) apabila membuat pukulan. 


DENDA SERTA MERTA 

Kehilangan giliran dan denda sebiji karom yg akan diletakkan dipusat bulatan oleh pihak lawan atau pengadil akan dibuat dalam keadaan berikut:

(i) Pemukul (striker) masuk ke dalam lubang. 

(ii) Memukul biji karom di dalam keadaan tidak boleh dipukul secara terus iaitu yg terletak di atas garis panah/bulatan bulan di bawah garisan pemukul pemain yg mengambil giliran; 

(iii) Pemukul/tangan/pakaian/mana-mana bahagian badan pemain menyentuh biji karom semasa dalam permainan.


BIJI KAROM TERKELUAR DARIPADA PAPAN KAROM 

Jika biji karom terkeluar daripada papan karom tidak kira samada biji karom itu pihak lawan atau biji karom pihak yg membuat pukulan, biji karom itu akan dimasukkan semula & diletakkan di pusat bulatan. Jika biji karom lain berada dibulatan ini maka biji karom itu akan diletakkan di atas biji karom itu. Maksud keluar meliputi atas bingkai papan karom. Jika biji karom keluar atas bingkai papan dan meniti masuk ke dlm lubang maka kemasukkan itu tidak di kira. (Kena keluarkan semula). 


BIJI KAROM BERPUSING (ROLLING SEED) SDB. 

Jika terdapat sesuatu biji karom dalam keadaan berpusing (rolling position) atau keadaan-keadaan lain atas papan karom, biji karom itu hendaklah dibiarkan seperti dalam keadaan ia berada. 

Setiap pukulan yg melepasi dua garisan atau terkena mana-mana biji karom yg sah akan dikira sebagai telah dipukul. 

Baling seliper

a). Peralatan
   - 3 pasang selipar
   - 3 belah selipar disusun menegak berbentuk piramid
   - 1 atau 2 belah selipar akan dipegang oleh pembaling
   - 1belah selipar akan di pegang oleh penjaga

Picture
b). Tempat Bermain
permainan ini tidak memerlukan keluasan padang yang lebar atau luas. walaubagaimanapun ia bergantung kepada ramai nya permain. jika ramai yang bermain keluasan padang itu boleh di perbesarkan. permainan ini juga tidak memerlukan padang sebesar padang bola sepak kerana permainan ini memerlukan tektikal ketika bermain.

Picture
 c). Cara Bermain
1. Balingan
permain pertama akan membaling susunan selipar menggunakan selipar yang diberi. Sekiranya permain pertama tidak berjaya akan diikuti oleh permain lain sehinggalah habis permain dalam kumpulan tersebut. Setiap permain hanya diberikan sebanyak 3 kali percubaan.
2. Susunan Jatuh
Sekiranya balingan yang dibuat mengena pada selipar dan susunan jatuh, pihak lawan akan membaling kepada kumpulan permain yang membuat balingan tadi. Pihak yang membuat balingan tadi haruslah menyusun kembali susunan selipar tadi. Jika susunan tidak berjaya disusun kumpulan tersebut dikira kalah dan sekiranya berjaya, kumpulan tersebut akan membuat balingan kembali.
3. Pihak penjaga
Pihak ini akan diberi satu selipar untuk mematikan pihak lawan. Setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan bergerak semasa membuat balingan. mereka perlu membuat asingan kepada kawan ataupun mebaling selipar ke arah ke depan dan selipar itu haruslah berada di tanah baru boleh bergerak. Jika mereka berjaya mematikan pihak lawan mereka akan menjadi pembaling pula.
4. Jarak
Jarak antara pembaling dan susunan kasut adalah dalam lebih kurang 10 kaki.

Picture
 d). Peraturan Permainan
1. Permain tidak dibenarkan membuat balingan melebihi garisan yang diberikan.
2.Penjaga tidak dibenarkan mematikan selipar dengan mengejar pihak pembaling sambil membawa selipar. Selipar harus dibaling kepada rakan lain untuk mematikan permain.
3. Penjaga juga tidak boleh merosakkan kembali selipar yang telah disusun oleh pembaling.
 4. Pemenang akan dikira kepada pasukan yang dapat meyusun banyak kali selipar. 

Terompah gergasi




TEROMPAH GERGASI 1. SYARAT PENYERTAAN1.1 Penyertaan ini terbuka kepada semua peserta dari pelbagai peringkat umur1.2 Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu : Kategori lelakiKategori perempuan1.3 Setiap pasukan pula disertai oleh 3 orang ahli sahaja1.4 Jika terdapat banyak penyertaan bagi permainan ini, acara saringan akan diadakan terlebihdahulu sebelum acara kemuncak terompah gergasi diadakan.2. CARA & ETIKA PERMAINAN2.1 Setiap pasukan dikehendaki untuk memakai sepasang terompah gergasi yang telah disediakan2.2 Apabila wisel dibunyikan, setiap pasukan akan mula melangkah mengikut kreativiti pasukanmasing-masing sama ada secara berlari atau berjalan.2.3 Setiap pasukan diingatkan agar terompah gergasi mereka tidak melebihi garisan permulaansebelum wisel dibunyikan.2.4 Setiap pasukan dikehendaki melangkah sehingga ke garisan penamat yang telah disediakan.2.5 Setiap pasukan perlu memastikan terompah melepasi garisan penamat bagi setiap larian.2.6 Pemenang akan dikira berdasarkan pasukan yang terawal menamatkan permainan.2.7 Pengadil berhak untuk memberhentikan permainan atau membatalkan penyertaan kumpulansecara serta-merta jika terdapat unsur penipuan, gangguan dan rasuah dalam acara ini.2.8 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.Sumber : http://www.scribd.com/doc/176751688/syarat-permainan-terompah-gergasi 

syarat-syarat lari dalam guni

Syarat-syarat:

1.Pertandingan ini terdiri dari 4 orang peserta dalam satu kumpulan(Opsyen).

2.Acara Lari Dalam Guni terdiri dari 2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan dalam satu kumpulan

3.Peserta pertama(perempuan) akan memulakan larian sejauh 10 meter untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni dan lari ke garisan penamat secara berganti-ganti.

4.Peserta pertama perempuan akan lari dari A ke B . Peserta lelaki menggantikan peserta pertama perempuan dari B ke A. Seterusnya peserta kedua perempuan akan lari dari A ke B dan peserta lelaki terakhir akan lari dari B ke A (garisan penamat).

5.Hadiah untuk pemenang yang menamatkan larian mengikut peraturan lari dalam guni adalah dari No. 1 hingga No. 3 sahaja

6.Keputusan adalah muktamad

Galah panjang

GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.


Gelanggang PermainanKawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.


Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

Sejarah dan asal usul guli

Sejarah dan asal usul guli

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.
Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.
Gelanggang:
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m.
Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan.
Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.
Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.
Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.

Teng-Teng

Teng-Teng

ASAL USUL

Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

Cara Bermain:

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Cara bermain gasing

Cara bermain gasing

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

asal usul batu seremban

ASAL USUL


Batu Seremban dikenali juga sebagai Selambut atau Serembat. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau berkumpulan yakni dua orang atau lebih. Kebiasaannya pemain menggunakan guli kaca,biji getah,ketulan batu kerikil,atau objek lain berbentuk bulat. Secara amnya,permainan ini dimainkan pada waktu lapang,di serambi rumah,di dalam rumah atau dimana sahaja dengan syarat permukaan tersebut rata dan bersih.


Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak pereempuan



UNDIAN


Sebelum memulakan permainan,setiap pemain dikehendaki menimbang buah,bagi menentukan giliran. Para pemain akan menimbang kesemua buah dengan meletakkannya diatas tangan dan dilambungkan ke udara. Kemudian disambut dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut akan dikira sebagai mata.


CARA BERMAIN

Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permulaan permainan pemain akan menggunakan sebiji buah yang dinamakan Buah Satu sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi yang dinamakan Buah Tujuh.



BUAH SATU

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai dan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah akan diambil untuk dijadikan ibu.Kemudian ibu hendaklah dilambungkan ke udara dan dalam masa yang sama sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Seterusnya,pemain hendaklah menyambut buah ibu dan meletakkannya didalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan ini akan berterusan sehingga kesemua buah habis dilambung dan disambut.

BUAH DUA

Cara buah dua dimainkan adalah sama seperti buah satu tetepi buah yang dikutip mestilah dua biji serentak.Ini bermakna dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

BUAH TIGA

Seterusnya,buah tiga. Cara bermain buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu,pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga bbiji buah serentak.

BUAH EMPAT

Pada peringkat buah empat,pemain akan mengutip kesemua empat biji buah di diatas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan tadi.

BUAH LIMA

Peringkat ini merupakan urutan bagi peringkat buah empat. Sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah,sebiji daripadanya hendaklah dilambungkan dan empat biji lagi hendaklah diletakkan diatas lantai bagi menyambut buah ibu sahaja.

BUAH ENAM

Seterusnya,di tahap ini terdapat perbezaan. Perbezaan ini dinamakan buah tukar,dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat diatas lantai sehingga selesai.

BUAH TUJUH

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak. Sementara itu,sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan manakala sebiji di sebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan,hendaklah disambut.

MENIMBANG

Setelah selesai kesemua peringkat,pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Pada peringkat ini terdapat dua kaedah menimbang buah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain,mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk ,maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata,maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula,buah satu dan seterusnya sehingga mati.

MATI PERMAINAN

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan terkena biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan tamat) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Batu seremban yang pelbagai warna

sepak raga


Permainan ini dimainkan oleh beberapa orang yang biasanya satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh orang. Permainan ini dimulakan dengan seorang pemain akan melambung bola kepada seorang pemain yang berada di hadapannya. Pemain tersebut akan menimang bola tersebut satu atau dua kali sebelum menghantarnya kepada rakan yang lain untuk ditimang pula. Sekiranya bola tersebut jatuh, permainan akan dimulakan semula. Permainan ini akan menjadi lebih seronok apabila pemain mengira berapa jumlah yang boleh ditimang dalam satu permainan. Cubaan untuk mendapat jumlah timangan yang banyak inilah yang akan dapat menguji kemahiran pemain-pemain tersebut.
Selain itu ada juga yang bermain sepak raga ini dengan tujuan untuk menguji kecekapan setiap pemain. Biasanya pemain yang menimang bola akan menghantar bola kepada rakannya dengan laju dan mengelirukan supaya rakannya tidak dapat menimang bola tersebut. Permainan seperti ini biasanya terdiri daripada pemian-pemain yang mempunyai kemahiran yang tinggi menimang bola. Permainan seperti ini dipanggil Sepak Raga Tuju.

Artikel / Imej





















video bermain congkak


Cara-cara membuat Wau

Wau
- Cara-Cara Membuat Wau
 Mula  1-1  Akhir 
  
Bibliografi
Penghargaan

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang.
Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.
Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-dua belah kiri dan kanan.
Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.
   
 

1.Pokok buluh duri yang selalunya digunakan untuk membuat wau.

2.Buluh terlebih dahulu dipilih bagi mendapatkan yang sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah.

3.Buluh terlebih dahulu diukur dengan ukuran seperti yang dikehendaki sebelum ianya dipotong.

4.Buluh dipotong mengikut ukuran yang dipilih untuk dibuat sayap, tulang belakang dan bahagian-bahagian yang lain.

5.Kemahiran membelah buluh cara lama yang selalunya dilakukan oleh pembuat wau yang mahir dan berpengalaman.

6.Buluh dibelah dengan teliti supaya sama besar dan mudah diraut.

7.Belahan buluh diasingkan megikut keperluan sama ada untuk dibuat sayap atau tulang belakang.

8.Belahan buluh seterusnya dicuci daripada buku buluh.

9.Bahagian tulang belakang dibelah mengikut ukuran yang dikehendaki dan bersesuaian dengan sayap.

10.Penyediaan tulang belakang supaya lebih sempurna antara bahagian kepala dan bahagian ekor

11.Bahagian sayap mestilah sama panjang antara kiri dan kanan

12.Buluh sayap yang telah diraut terlebih dahulu diukur menjadi dua bahagian sama panjang.

13.Bahagian sayap mula diraut dengan pisau yang tajam bagi mendapatkan bilah buluh yang lebih halus dan mudah diliut.

14.Dari semasa ke semasa bahagian sayap diliut-liut untuk mendapatkan bentuk yang sempurna.

15.Bahagian sayap yang telah siap diraut di timbang dengan jari atau mata pisau supaya sama timbang di antara kiri dan kanan.

16.Bilah buluh di bahagian ekor juga diliut-liut sebelum ianya diikat bersama dengan tulang belakang.

17.Bilah buluh di bahagian ekor dibentuk bersama-sama dengan tulang belakang terlebih dahulu sebelum ianya diikat dengan benang atau tali.

18.Penyediaan dan ikatan bahagian sayap dengan bahagian ekor.

19.Cara membuat ikatan untuk bahagian-bahagian rangka wau.

20.Bahagian ekor diliut dan dibentuk supaya sama lekok seperti yang dikehendaki.

21.Bahagian rangka wau bulan yang hampir siap.

22.Kerja-kerja mengikat rangka wau bulan iaitu bahagian sayap, tulang belakang dan bahagian ekor.

23.Rangka wau kucing yang telah siap.

24.Kerja-kerja meraut daun ibus untuk dibuat dengung atau busur wau.

25.Inas, iaitu bahagian hujung dengung wau yang digunakan untuk mengikat dan menarik daun ibus supaya menjadi tegang bagi mendapatkan bunyi yang baik dan nyaring.

26.Beberapa bilah busur (dengung) wau yang telah siap. Biasanya busur ini akan dilekatkan di bahagian leher wau.

27.Wau ditimbang terlebih dahulu sebelum dinaikkan supaya bahagian kepala dan sayap menjadi sama timbang. Ini bagi mengelakkan daripada wau menjadi berpusing.

28.Penyediaan teraju wau (benang yang diikat pada bahagian leher dan pinggang wau) yang sempurna adalah penting sebelum sesebuah wau itu diterbangkan. Ini akan mempengaruhi kedudukkan wau supaya terbang dengan baik.

29.Wau bulan dan wau kucing yang telah siap diikat dengan teraju.

30.Menaikkan wau mestilah dalam keadaan yang bertentangan dengan arah tiupan angin dan wau mestilah dalam keadaan tegak.

31.Wau mula diterbangkan ke udara.

32.Imbangan sayap, ekor dan teraju wau akan menjadi sesebuah wau itu terbang dengan sempurna dan terapung-apung di udara.

33.Di antara peralatan-peralatan yang digunakan untuk membuat wau.